PERATURAN KESELAMATAN DAN PENJAGAAN PERKAKASAN


1.                 Sediakan pelan lokasi setiap komputer dan lain-lain peralatan makmal komputer.

2.                 Sebarang penyambungan atau penambahan punca kuasa tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran pihak yang bertanggung-jawab.

3.                 Setiap kunci perlu dilabel dengan jelas dan hanya disimpan oleh Guru Besar dan Penyelaras ICT.

4.                 Mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki makmal komputer atau bilik pelayan dan Penyelaras ICT mestilah menemani pelawat yang mengunjungi bilik di bawah kawalan beliau.

5.                 Setiap komputer dan pelayan perlu dilindungi oleh satu alat ‘Uninterupted Power Supply’ serta dilindungi oleh pencegah kilat.

6.                 Makmal komputer perlu mempunyai alat bantuan awal pemadam api jenis C02.

7.                 Bilik pelayan yang hanya dibekalkan dengan satu penghawa dingin, pelayan hendaklah di’shutdown’ apabila tidak digunakan.

8.                 Pastikan semua punca elektrik bagi semua peralatan di’off’kan sebelum meninggalkan makmal komputer.

9.                 Dilarang memasang atau membaiki sendiri komputer atau peralatan yang ada tampa kebenaran dan penyeliaan Penyelaras ICT.

10.             Dilarang mematikan pelayan atau perkakasan rangkaian yang telah dipasang supaya operasi tidak terganggu.

Sistem pengesan kebakaran perlu dipasang dan sentiasa berada dalam keadaan yang baik