Bidang Tugas Jawatankuasa Kerja Makmal Komputer Sekolah

Bahagian/Unit
Bidang Tugas
PENASIHAT (GURU BESAR DAN PENTADBIR SEKOLAH)
          Mengemukakan keperluan makmal komputer kepada PPD/JPN/KPM.
          Memantau penggunaan makmal komputer.
          Menerima laporan dan mengadakan perbincangan dengan Penyelaras Makmal untuk meningkat penggunaan makmal komputer.
          Memastikan makmal komputer digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

PENGURUSI (PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH)
2.1         Merancang reka bentuk kedudukan makmal di bawah kelolaannya.
2.2         Memastikan keselamatan dan kebersihan makmal.
2.3         Menyediakan jadual penggunakan makmal harian.
2.4         Merangka peraturan penggunaan makmal.
2.5         Menyediakan inventori peralatan makmal.
2.6         Membuat anggaran perbelanjaan tahunan.
2.7         Menyemak buku stok dan inventori peralatan.
2.8         Membuat perancangan pengurusan makmal.
2.9         Menyediakan laporan tahunan pengurusan makmal.
2.10     Melapor dengan segera jika terdapat kerosakan alat-alat IT/ICT dan non IT kepada Pengetua/Guru Besar/Penyelaras IT/ICT Sekolah.

TIMBALAN PENGERUSI (PEM. PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER)
3.1          Menjaga keselamatan dan kebersihan makmal dalam waktu pejabat.
3.2          Menyimpan fail surat-menyurat dan perkeliling.
3.3          Menyimpan inventori stok dan dokumentasi peralatan makmal komputer (Kew312, Kew313, Kew314 dan Kew 315).
3.4          Membantu Penyelaras makmal menguruskan pergerakan peralatan makmal komputer.
3.5          Memantau aktiviti pelajar semasa menggunakan makmal komputer.
3.6          Membuka dan menutup pintu makmal komputer pada waktu yang ditetapkan atau dalam keadaan tertentu.
3.7          Menghidupkan komputer pelayan (Server) dan menutup semua komputer pada waktu yang ditetapkan.
3.8          Menghidup/mematikan suiz utama elektrik pada waktu yang ditetapkan.
3.9          Menyemak dan memastikan buku log penggunaan komputer dilengkapkan oleh pengguna setiap kali digunakan.
3.10      Memastikan tiada peralatan makmal dibawa keluar tempa kebenaran Penyelaras Makmal.
3.11      Melaporkan sebarang kerosakan kepada Penyelaras Makmal.
3.12      Membanyu Penyelaras Makmal menyelenggara perkakasan komputer.
3.13      Menguatkuasakan peraturan makmal yang telah ditetapkan.
3.14      Melaksanakan tugas-tugas lain yang diberi oleh pengurusan sekolah dan Penyelaras Makmal.